Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Dalam Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia

https://www.kpptm.my kpptm.my@gmail.com

Pra Pendaftaran Keanggotaan Baru KPPTM

Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Dalam Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KPPTM) adalah sebuah kesatuan yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) dan telah diperakui pendaftarannya pada 30 Ogos 2016. Keanggotaan KPPTM terdiri daripada Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Gred FA29, FA32, FA38 dan FA40 yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia tidak termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Merujuk kepada Peraturan 3(3) KPPTM,  setelah permohonan seseorang itu diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja dan yuran masuk serta yuran bulanan untuk tiga (3) bulan pertama dijelaskan maka namanya hendaklah didaftarkan dalam Daftar Yuran/Keanggotaan sebagai anggota. Jumlah bayaran : yuran masuk RM20.00 + yuran bulanan rm15 (untuk tiga (3) bulan pertama) = RM35.00 (minimum) ke dalam akaun berikut:

Nama Akaun : Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Nama Bank : MAYBANK
No Akaun : 566010621794
Jumlah Bayaran : RM35.00 (minimum)
Catatan Bayaran : Yuran +  NoKP
Slip bayaran beserta info diri (nama, nokp,
nohp, emel, amaun bayaran)
hendaklah
diemel kepada kpptm.my@gmail.com  untuk
perhatian dan tindakan Bendahari KPPTM.